Ramai di antara aktivis-aktivis masyarakat hari ini begitu bersemangat ingin melaksanakan pelbagaiProgram-program dan aktiviti-aktiviti menyentuh nilai-nilai kemasyarakatan dan islam. Pada dasarnya memang ianya nampak suatu pekerjaaan yang mulia lagi terpuji.
Sedang dalam kesibukan dalam pelan perancangan dan perlaksanaan, aktivis-aktivis ini terlupa bahwa mereka matlamat mereka melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti sebegini. Jika matlamat yang asal adalah kerana inginkan harta, pangkat dan nama maka matlamat ini kemungkinan tidak akan pernah terpesong dari landasannya. Namun jika matlamat yang utama adalah Allah dan RasulNYA, maka inilah yang kadangkala kita akan terpesong dari matlamat yang asal.
Perlu diingat bahwa setiap kali tujuan atau matlamat ialah Allah dan Rasul maka kita perlu koreksi diri adakah kita ini tergolong dalam golongan yang akrab dengan Allah dan Rasul. Hubungan antara Allah itu amat penting kerana apa yang di perjuangkan adalah agamaNYA, maka jika di restui dan di redhai Allah maka tentulah bantuan dan segala macam pertolongan akan di beri. Ia boleh di ibaratkan sebagaimana seorang anak yang ingin meminta sesuatu dari ibu dan bapanya, maka anak itu akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian atau mencuba mengambil hati ibu bapanya supaya mudah mencapai apa yang diinginnya.
Seperti itu jualah kita, kita ingin program dan aktiviti dakwah kita subur dan berjalan lancer namun bagaimana halnya kita dengan Allah?
Renungkan kembali ayat Allah ini:
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." (2:11)
Kembalilah kepada matlamat yang asal.
Assolah da’wah.
Cetusan minda:
Asrul
22 Ramadhan 1429H